Sabahan...
Alhamdulillah akhirnya perancangan yang sekian lama dilakarkan oleh beberapa orang geng U.O.M.O usai direalisasikan dari 4-Disember ke 12-Disember 2021.
Seluar tido, pelikat, sejadah & towel. Satu each pun dah cukup, tapi kalau rasa nak selesa sikit, seluar tido tu bawak 2 pasang kot2 ada smelly lepas dua hari, boleh tukar... hihihihi... Saya biasanya bawak 2 lai. Selipar opsyenal, tapi saya mmg akan bawak.
Rumusan
Meski agak ramai yang menyatakan hasrat untuk turut serta, cuma kami berempat yang diberikan Allah kelapangan untuk ride kali ni.
Coretan ini saya mulakan dengan kudos dan gratitude yang tak terhingga buat perancang trip serta ride leader kami DocZul yang senantiasa sabar melayan kerenah kami bertiga dari saat perancangan sehingga touchdown di KLIA pada lewat petang Ahad seusainya excursion kami ini.
Perancangan
Kalau nak ikutkan, ajakan asal untuk Ride Pusing Sabah ini adalah dari IdrusK selepas kami khatam Ride Pusing Malaya (R.P.M) pada awal tahun ini. Namun kekangan PKP dan syarat ketat untuk masuk ke Sabah telah membantut hasrat kami. Bilamana PM mengumumkan pembukaan semua sempadan negeri bermula 14Nov, DocZul segera mengajak geng2 RPM dgn menetapkan tarikh tentatif. Megat Epi serta saya sendiri terus menyahut kesanggupan untuk join. Dan pada hari yang sama, kami bertiga terus beli tiket AirAsia tanpa fikir apa2 lagi.. hahahaha...
"3 orang pun on!"
DocZul bertegas, "2 orang pun kita on ya Aji" semasa beliau menalipon saya untuk bertanya tentang motor samaada nak sewa atau nak shipping (RORO) untuk ride ni. Time tu, Epi pun dah komfem dan mintak DocZul belikan tiket flight. Cuma Idrus yang masih beralasan "ujung tahun tu, tak tahu cuti approve ke tak. Cuti pun belum apply" adoiiii...
Motor
Kami ada dua alternatif utama untuk motosikal. Alternatif 1, RORO kan motor kami dengan kos RM850 pergi dan RM800 balik - total RM1650.
Alternatif 2, sewa motor di KK. In fact, ini pilihan DocZul dan Epi pada asalnya. Cumanya tak banyak pilihan motor yang kami temui. Ada KLX250 serta Z250 atau CBR250 dengan kadar sewa RM160 ke RM180 sehari. Itupun cuma ada sebijik sebijik jer.
Untuk durasi ride kami 7 hari, total kos sewa adalah antara RM1120 - RM1260. Pilihan lain adalah Wave125 dengan kos RM30 - RM80 sehari.
Dalam masa yang sama saya melontarkan idea untuk beli motor Dominar400 yang harganya dlm RM16K (harga kenderaan di Sabah memang tinggi sikit dari Semenanjung). Dan ini sememangya pilihan utama saya (kisah disebaliknya, mungkin dalam posting lain 😅) sekiranya ada kawan di KK yang sanggup menyimpan/menjaga motor itu nanti....
kerana selepas ride saya memang berhasrat untuk menyimpannya di sana untuk tujuan repeat ride. Dan juga memang dalam plan saya dan IdrusK untuk ride 2 atau 3 kali di Sabah / Sarawak / Brunei. "Satu kali ride memang takleh cover semua tempat di Sabah / Sarawak nun" ujar IdrusK.
Alhamdulillah kami ada seorang kawan yang tinggal di KK, si Aiman. Dan beliau telah sanggup untuk bantu kami!
Untuk pencerahan, beli motor tu guna kad kredit yang offer interest-free easy payment plan.
Pilihan & Set Up Motor
Dalam masa yang sama, saya ada bertanya dalam grup FB Adventure Touring Malaysia (AtM) kalau-kalau ada yang tahu dimana kami boleh sewa moto 250cc keatas. Kenapa tak kapcai? Sebab utama adalah tangki kapcai yang kecik akan bukan saja melambatkan pergerakan, tapi yang lebih utama, laluan Keningau - Kalabakan (dalam 260km) tiada stesen minyak di sepanjang jalanan. Rata2 motor 250cc keatas fuel range tangki melebihi 250km distance. Jadi lebih praktikal guna moto sikit besar dari Kapcai...
So, saya dan DocZul komfem ambik Dominar400. IdrusK pulak RORO kan X-Adv beliau. Tinggal si Epi yang katanya "sewa Wave125 lah jimat sikit kos" Kami bertiga ok jer dengan keputusan tersebut.
Dalam kami dah set untuk ride 2 biji Dom400, x-Adv dan Wave125, seorang biker yang belum pernah kami kenali offer untuk memberi pinjam/gunapakai Honda RS150 beliau bilamana beliau membaca dan komen dalam posting saya di FB. Memandangkan Epi belum ada motor, dia terus kontek dan PM sdr Ali Nur untuk deal (dealnya, hanya Epi & Ali yg tahu 😅). Rupa2nya, Ali jugak memiliki TRK502 dan bilamana beliau tahu kami guna motor besar, ditawarkan motor tersebut kepada Epi - kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan! Jazakallahu...
Dominar400 UG
Ada seorang kawan DocZul tinggal di KK merupakan jurujual part-time sebuah kedai motor dealer Modenas di KK. Urusan jual-beli serta delivery motor amatlah smooth sekali. Dan kami dimaklum belum ada lagi Dom400 UG (model latest 2021) di Sabah (masa tu lah...), dan 2 unit ini adalah yang pertama dijual di Sabah! Terima kasih DocMahadzar!
Dizaman medsos sekarang ini, cerita dan berita bergambar boleh dikongsi almost immediate. Banyak gambar2 dan celoteh telah kami kongsikan dalam FB terutamanya samada dalam akaun personal kami atau dalam FB Group / FB Page (UOMO Bikers; Adventure Tour Malaysia; Dominar Malaysia).
Dan dalam perkongsian2 tersebut ramai yang bertanya macam2 soalan... contohnya...
"OK ke pakai motor macam Dominar400 tu?"
"Jalan sana macamana? banyak offroad ker?"
"Berapa hari nak pusing satu Sabah?"
"Apa persediaan yang perlu kita buat?"
OK, bagi saya, ride dimana2 dan kemana2 pun perlukan persediaan yang baik. Bak moto pengakap "Be Prepared!" Samada ride half-day, balik hari, satu malam atau satu minggu apatah lagi berbulan2, kena buat proper preparation. Proper ya, bukan over. Pertama, mestilah pilih motor yang sesuai - jenis apa dan berapa besar (cc serta saiz). Utuk RPS ni, mula2 kami lakarkan route dan selepas tu buat sedikit research road condition, fasiliti2 yang ada disepanjang route terutama stesen minyak. Ini sedikit sebanyak membantu untuk pilihan motosikal. Of course you can never go wrong with an adventure or dual-purpose bike yang versatile dan boleh hadapi apa jua jenis laluan. Kalau ada motor jenis itu, then itulah pilihan yang terbaik.
Dalam kes kami ni, IdrusK (X-Adv) serta Epi (TRK502X) went with that best bike choice. Saya dengan DocZul pulak pilih Dominar400 atas beberapa faktor. Mungkin faktor paling utama, motor ni paling value-for-money (kerana saya memang plan nak beli motor dalam range harga itu untuk ride di Sabah beberapa kali sebelum samaada jual semula atau bawak balik ke Semenanjung nanti).
DocZul pilih untuk pasang rack+top box manakala saya pula decide untuk pakai strap-on tail bag. Meskipun saya tahu topbox lebih convenient untuk ride sebegini (selama seminggu), saya pilih untuk guna tailbag kerana nak travel light, dan nak maintain Dom400 tu as street bike tanpa aksesori tourer.
Gambar sebenar masa ride Sabah... 😁 |
The Ride
Kami set untuk start ride setiap pagi bermula jam 7.00am. Syuruk di Sabah dalam pukol 6.00am, jadi sesuai lah start kol 7.00.
Walaubagaimanapun, tak setiap hari kami dapat ikut timing tu sebab ada hari pagi2 hujan... Kami tunggu hujan berhenti atau reda sedikit. Keseluruhannya kami akan kuar homestay antara jam 7 ke 8 pagi, kecuali semasa di Tawau, check out lewat sikit (dlm kol 10.00am) - kuar breakfast dulu dengan geng bikers Tawau serta foto-foto di landmarks sekitar Tawau.
Laluan yang telah kami pilih adalah seperti berikut:-
Day 1 : KK - Papar - Kimanis - Crocker Range - Tenom - Keningau.
Plan asal memang ikut route diatas, yakni ada detour ke Tenom sebelum check-in ke homestay kami di Keningau. Tapi kami ejas sikit untuk terus check-in dulu dan makan tengahari di Keningau sebelum ziarah ke pekan kopi Tenom sebelah petangnya. Jarak keseluruhan dalam 120km dari KK ke Keningau. Manakala dari Keningau ke Tenom dalam 40km one way.
Day 2 : Keningau - Kalabakan - Tawau
Ramai yang kata, jalan ni mencabar dan banyak offroad. Bagi saya, laluan ni yang paling saya enjoy dalam the whole trip ni. Kenapa? firstly, kereta tak banyak. Keduanya, laluan melalui hutan Belantara - sejuk suasana dan sejuk mata tengok kehijauan... hahahaha...
Meskipun semasa keluar dari homestay hujan renyai-renyal (hujan lebat sepanjang malam), bila dah sampai pekan Sook, hujan dah berhenti. Dan sepanjang jalan, adalah sikit2 rintik2 dibeberapa stretch selepas Sook, namun macam tak hujan.
Day 3: Tawau - Semporna - Kunak - Lahad Datu
Cuaca pagi ni memang marbeles! Malam tadi kami di raikan oleh rakan2 bikers Tawau (Sdr Rosli & isternya Malinda serta Cikgu Ruli).
Manakala paginya pulak mereka bertiga insisted untuk sarapan bersama di Lover Kopitiam - DocZul beria-ia suroh try "roti kawen"...
Day 4: Lahad Datu - Kg. Batu Puteh - Kinabatangan - Sandakan
Cuaca panas hari ini all thexway dari Ladatu ke Sandakan. Ada dua tempat significant kami lawati di laluan ini.
Yang pertama, Museum Batu Tulug. Kedua, santuary monyet belanda (Proboscis Monkey, juga dipanggil Kera Bekantan atau Bayau) di Labuk Bay, Sandakan.
Day 5: Sandakan - Telupid - Ranau - Kundasang
Laluan paling mencabar dan stressful bagi saya. Terutamanya jalan antara Sandakan Telupid, dahlah kereta banyak (mostly 4x4) permukaan jalan samaada menggerutu atau berlubang atau rosak teruk. Lorongnya pulak agak sempit tanpa ruang selamat untuk mencilok bila both ways penuh dgn kenderaan. Dahlah masa kuar homestay hujan tak mahu berhenti sejak mula sebelah malamnya... Jalan pulak bizi (dan modular helmet DocZul pulak terlekat takleh tutup)... Speed yang kami mampu buat untuk laluan ni adalah antara 70 je 100kmph jer....
Day 6: Kundasang - Kota Marudu - Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo), Kudat
Hari hujan lagi. Harini juga Aiman join kami, riding his RS150 dari KK dan tiba di homestay kami dalam pukol 9.00pagi, bersama hujan renyai2. Kami merayau di sekitar Kundasang sebelum meneruskan ride kami ke Kudat dengan beberapa touristy stops along the way.
Day 7: Kudat - Kota Belud - KK
Hujan tak henti-henti selepas kami keluar dari penginapan di Tanjung Simpang Mengayau. Namun sempat jugak singgah beberapa tempat. Bila dah lepas Tuaran dan menuju KK, jalan mulai sibuk. Sempat detour ke Tamparuli, foto-foto di Jambatan nya...
Rumah Panjang Authentic.. disini ada juga offer pakej bermalam - Bavanggazo LongHouse.. |
Late Lunch di Kota Belud... semuanya kuyup (termasuk yang pakai raincoat hahaha...) |
Pelancong!
Tempat2 Pelancongan Yang Kami Lawati
Kalau ikut plan, banyak jugak tempat2 tarikan pelancongan yang kami set untuk visit. Tapi kami dah setuju itu bukan agenda wajib. Kami cuba nak cari kelainan dan singgah tempat2 yang kalau kita ride di Semenanjung, tempat2 lepak atau pitstop. Namun itu pun bukan juga dalam agenda wajib.
Tak pasti lah biker2 lain, tapi kebanyakan biker termasuk saya sendiri, bila dah lama sikit on the road, akan terasa nak segera sampai destinasi hotel atau homestay. Lebih2 lagi bila ride dalam hujan.. hahahaha... Kadang2, singgah solat lepas tu ambik peluang betulkan urat sikit... hihihi..
Anyway, berikut adalah antara tempat2 persinggahan kami dalam journey pusing Sabah ni...
Crocker Range Cafe nama tempat ni, tempat persinggahan popular bikers tempatan yang buat laluan Crocker ni mcm Awana |
Kedai Popular di Keningau, Restoran Rahmat... |
Crocker Range Cafe - yang ada cuma maggi, tapi kami makan telur seprauh masak yang keras huhuhu. |
Kantin Tibow - Jalan Nabawan-Kalabakan... tempat singgahan popular warga tempatan - kami makan maggi kari disini... |
Landmark Laluan Keningau - Kalabakan |
Di Pekan Kalabakan - jumpa sebuah kedai hipster, Family Cafe. Potato Cheese nya repeat order |
Museum Batu Tulug, Kampung Batu Puteh, Kinabatangan |
Cafe dalam Poring HotSpring - minum kopi RM12 secawan jerrrr.... |
Di Semporna... cuaca amat panas ride hari ni... pitstop carik air dulu... |
Resepi Dapur Kayu JF opposite Museum Batu Tulug... macam2 ada disini termasuk kepok lekor.. hahahaa... |
Kedai "Sabar Menanti" di Batu 20 kot Jalan Ranau Sandakan |
Ranau - Gerai empunya NurSyafiqah... RM10 sekilo durian sesdap Musang King... |
Canopy Walk di Poring Hotspring. Tiket RM3, tabmah RM2 utk camera henfon, tambah RM5 lagi kalau nak shoot video... harus bayar sbb masuk hasil ke Jabatan Hutan Sabah |
Tempat makan kepak & bontot ayam bakar di Kota Marudu |
Posing sikit depan gong, Kg Sumangkap tak jauh dari Kudat |
Jambatan Tamparuli..... |
Substation Mesilau, Kinabalu Park... |
Banyak lagi gambar2 perkongsian dari semua riders... boleh lah intai2 dalam FB mereka. Ada juga perkonsian dalam grup2 FB (UOMO Bikers, Adventure Touring Malaysia...) Tak perlu kot tepek disini...
Persiapan/Persediaan/Planning
Sekali lagi banyak2 terima kasih buat DocZul yang almost single-handedly uruskan almost segalanya dari route-planning (termasuk places to visit), homestay selection/booking & flight selection. Tentu sekali planning ni dah dibuat sebulan sebelum trip, at least bermula dengan idea dan komitment dari rakan2 yang nak turutserta. Once route, durasi ride dan tarikh dah dipersetujui, barulah kami carik flight tiket. Ini amat penting untuk enjoy tiket murah. So, kami lock dulu tiket kapalterbang. Dibelakang tabir, DocZul carik penginapan yang sesuai dan terus booking disetiap pekan yang bakal kami overnight. Riders lain tak banyak songel pun - mungkin sebab kami dah ride bersama lama dan dah tahu kerenah masing2 hahahaha...
DocZul posing di Masjid Raya, Tawau - katanya salah satu landmark yang di poskad kan suatu masa dulu. |
Apa Ada Dalam Beg / Apa patut Bawak
Sebenarnya, untuk trip kali ni saya dah ada sedikit over-prepare hahahahaha... kandungan beg tu boleh kurangkan dalam 30% lagi. Jadi instead of kongsi apa yang saya bawak (terlebih bawak), saya kongsikan apa yang betul2 perlu bawak jer untuk ride sebegini.
So, dalam beg, bawak...
4 helai t-shirt dah cukup sebenarnya. Meski on the road 7 hari (6 mlm), kita boleh basuh baju yang pakai siangnya dan sidai bawah kipas overnight.
1 pasang seluar (jeans atau cotton) untuk pakai bila dah habis ride for the day - kuar dinner etc.
3 atau 4 helai underwear yang quick dry. Ekcheli, nak bawak dua pun boleh jer, tapi yang saya bawak ni nipis dan ringan, so takder isu bawak lebih. Yang penting, sampai homestay/hotel, basuh yang dah pakai tu. Untuk trip sebegini, saya pilih Comfort Republic... pakai selesa dan cepat kering.
Seluar tido, pelikat, sejadah & towel. Satu each pun dah cukup, tapi kalau rasa nak selesa sikit, seluar tido tu bawak 2 pasang kot2 ada smelly lepas dua hari, boleh tukar... hihihihi... Saya biasanya bawak 2 lai. Selipar opsyenal, tapi saya mmg akan bawak.
Toliteries basic - beru + ubat gigi travel size, deoderant + minyak atar hahahaha... Untk yang berambut, sikat jangan lupa ya.
Lain-lain - charger henfon serta power bank. Serta untuk yang ada ubat-dependent, kena ingat untuk bawak bekal ubat (gout ke, darah tinggi ker... hehehe)
Itu jerlah yang essential dan perlu bawak sebenarnya. Dan apa yang saya senaraikan tu lebih pada muat dalam tailbag saya. In fact, cuma occupy 70% space jer. Tapi itulah, untuk trip kali ni, saya sumbat jugak ipda dlm beg tu + t-shirt ada 8 lai & seluar ada extra satu pasang.
Lupa nak sebut, its always a good idea untuk pakai riding pants - cordura atau mesh atau gore-tex. Yang ni boleh pakai sepanjang masa ride tak perlu tukar2. Ada macam2 choice untuk kita pilih. Nasihat saya, invest in a good quality pants... in the long run, kita jugak yang untung.
Caveat: macam saya sebut awal2 tadik, saya sendiri over prepared untuk trip kali ni - terbawak extra beg yang in the end terpaksa menyusahkan kawan2 muat dalam tong.... Sorry geng...
Secara keseluruhannya, it has been a very successful and very enjoyable ride. Meski dah ada planning route, places to visit, kami still ada felxiblity along the way. The last 3 days menyaksikan kami berhadapan dengan hujan, terutama hari terakhir ride hujan yang tak henti-henti sepanjang ride dari Kudat ke KK. Plan untuk saya masuk rumah terbalik di kensel (lalu jer tempat tu) sebab utama, kami dah basah kuyup dan dierang semua dah pun pergi situ sebelum ni.... huhuhuhu...
Yang paling utama, antara kami berempat, selepas 9 hari bersama (7 hari ride dan 2 hari travel KL-KK-KL), semakin mengenali dan lebih memahami antara satu sama lain. InsyaAllah betambah akrab dan mesra...
KOS
Roughly, setiap rider
Homestay - RM480
Makan (collected) - RM250 (tak termasuk ada time2 salah sorang bayar mkn dari own poket)
Minyak - dlm RM180
Flight tiket - RM400 Air Asia
Kos Moto...
RORO, RM1650
Dom400, RM16k 😂😂😂
TRK502, RM? (private deal antara Epi & Ali).
Notakaki: Tujuan saya & DocZul beli Dom400 tu adalah untuk memudahkan kami puaskan nafsu (😂😂) ride di Borneo. Jugak, sekiranya ada rakan2 biker yang berkira utk ride di Sabah tapi ada dilema berkait motor, boleh lah "private deal" Dom400 tu 🤭.
Sabahan...
Reviewed by hoshee
on
7:27 AM
Rating:
No comments:
Post a Comment